Jumaat, 16 Mei 2008

Tentang kami



"...penternakan bukanlah merupakan suatu bidang yang terkebelakang ataupun retrospektif. Dari sudut sejarah, terbukti bahawa bidang ini mampu bertahan walaupun negara pernah mengalami kemelesetan ekonomi pada suatu masa dahulu..."





Batu Laut Agrotech telah pun beroperasi sejak Mac 2007 dengan usaha saya sekeluarga. Pada asalnya di kandang kami hanya mempunyai 60 ekor kambing yang terdiri daripada Jamnapari, Shannen, Toggenburg dan lain-lain. Namun alhamdulillah kini, dalam masa setahun dua bulan, bilangannya berganda mencecah lebih-kurang 300 ekor. Bilangan ini adalah termasuk kelahiran dan juga belian tambahan.

Pada mulanya saya terfikir, adakah bidang ini dapat memberikan peluang dan pulangan yang besar di dalam perniagaan? Setelah menggali segala informasi dari internet, keratan akhbar, expo penternakan, rakan-rakan dan lain-lain, terbuka minda saya untuk menceburkan diri di dalam bidang penternakan.


Kepada semua rakan-rakan di luar sana, marilah sama-sama kita untuk memeriahkan lagi bidang ini di negara kita. Sesungguhnya bidang ini terbukti suatu perniagaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan!!!!



_______________________________________________________________


Kami sedia membekalkan:

*Kambing Baka
(Induk jantan, betina bunting & anak)
*Daging kambing
*Tahi kambing
untuk menghasilkan baja tanaman


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kambing Baka

Selalunya kami menerima permintaan baka kambing daripada kalangan usahawan
yang baru bergiat dalam penternakan.
Antara baka yang popular adalah kambing
jenis jamnapari, kaplo, saanen, anglo nubian dan lain-lain. Permintaan terdiri daripada:



i - induk jantan ( berusia lingkungan 1 tahun ke atas)
ii -induk betina yang bunting

iii-anak kambing yang putus susu (lingkungan umur 155 hari)



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Daging Kambing

Permintaan daging kambing adalah tinggi terutamanya di musim-musim perayaan seperti deepavali dan juga hari raya qurban. Selalunya pelanggan akan menempah awal kambing-kambing yang akan di sembelih sebelum hari perayaan kerana stok kambing selalunya habis apabila semakin tiba hari perayaan.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Tahi Kambing

Najis kambing yang telah diproses menjadi baja amat sesuai untuk tanaman. Kami menjual najis kambing secara pukal dengan harga yang berpatutan.

_____________________________________________________________

Lokasi



Lot.100, Jalan Batu Laut Pantai,
Kampung Batu Laut,

42800 Tanjong Sepat,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan

Lokasi kami terletak di daerah Kuala Langat, Selangor. Perjalanan meggunakan lebuhraya KLIA
memakan masa kira-kira 45minit. Lokasi kami juga berhampiran dengan pantai Morib dan juga Bagan Lalang (kini dikenali sebagai pantai Sepang Putra).









Kawasan sekitar





>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Hubungi Kami:
No. Tel: 017-3888620


1 ulasan:

Hafizal berkata...

kambing baka luar untuk sistem intensif ok tp klu semi intensif blh down..biar ada darah pribumi(kampung/katjang) baru lasak..