Jumaat, 16 Mei 2008

Tentang kami



"...penternakan bukanlah merupakan suatu bidang yang terkebelakang ataupun retrospektif. Dari sudut sejarah, terbukti bahawa bidang ini mampu bertahan walaupun negara pernah mengalami kemelesetan ekonomi pada suatu masa dahulu..."





Batu Laut Agrotech telah pun beroperasi sejak Mac 2007 dengan usaha saya sekeluarga. Pada asalnya di kandang kami hanya mempunyai 60 ekor kambing yang terdiri daripada Jamnapari, Shannen, Toggenburg dan lain-lain. Namun alhamdulillah kini, dalam masa setahun dua bulan, bilangannya berganda mencecah lebih-kurang 300 ekor. Bilangan ini adalah termasuk kelahiran dan juga belian tambahan.

Pada mulanya saya terfikir, adakah bidang ini dapat memberikan peluang dan pulangan yang besar di dalam perniagaan? Setelah menggali segala informasi dari internet, keratan akhbar, expo penternakan, rakan-rakan dan lain-lain, terbuka minda saya untuk menceburkan diri di dalam bidang penternakan.


Kepada semua rakan-rakan di luar sana, marilah sama-sama kita untuk memeriahkan lagi bidang ini di negara kita. Sesungguhnya bidang ini terbukti suatu perniagaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan!!!!



_______________________________________________________________


Kami sedia membekalkan:

*Kambing Baka
(Induk jantan, betina bunting & anak)
*Daging kambing
*Tahi kambing
untuk menghasilkan baja tanaman


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kambing Baka

Selalunya kami menerima permintaan baka kambing daripada kalangan usahawan
yang baru bergiat dalam penternakan.
Antara baka yang popular adalah kambing
jenis jamnapari, kaplo, saanen, anglo nubian dan lain-lain. Permintaan terdiri daripada:



i - induk jantan ( berusia lingkungan 1 tahun ke atas)
ii -induk betina yang bunting

iii-anak kambing yang putus susu (lingkungan umur 155 hari)



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Daging Kambing

Permintaan daging kambing adalah tinggi terutamanya di musim-musim perayaan seperti deepavali dan juga hari raya qurban. Selalunya pelanggan akan menempah awal kambing-kambing yang akan di sembelih sebelum hari perayaan kerana stok kambing selalunya habis apabila semakin tiba hari perayaan.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Tahi Kambing

Najis kambing yang telah diproses menjadi baja amat sesuai untuk tanaman. Kami menjual najis kambing secara pukal dengan harga yang berpatutan.

_____________________________________________________________

Lokasi



Lot.100, Jalan Batu Laut Pantai,
Kampung Batu Laut,

42800 Tanjong Sepat,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan

Lokasi kami terletak di daerah Kuala Langat, Selangor. Perjalanan meggunakan lebuhraya KLIA
memakan masa kira-kira 45minit. Lokasi kami juga berhampiran dengan pantai Morib dan juga Bagan Lalang (kini dikenali sebagai pantai Sepang Putra).









Kawasan sekitar





>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Hubungi Kami:
No. Tel: 017-3888620


Jenis-Jenis Kambing



Si Hensem (Toggenburg)

____________________________________________________________________
Saanen Betina
-Mempunyai 'tanglung' di bahagian leher
-Telinga lebar
-Sesuai untuk penghasilan susu yang banyak

____________________________________________________________________

Kambing Kacukan
-Selalunya kacukan jamnapari & kambing kampung
-Harga yang lebih berpatutan dalam pasaran
____________________________________________________________________


Bu Bu (Jamnapari+Anglo Nubian) masa umur 2 bulan




Jamnapari + Anglo Nubian
- Anglo adalah sejenis kambing yang mempunyai susu tinggi protein
-Campuran antara Jamnapari dan anglo dapat menghasilkan baka yang baik
____________________________________________________________________





Jamnapari
-berasal dari negara India
-Sesuai untuk daging dan susu
-Sesuai dikacukkan jengan kambing jenis anglo nubian

Khamis, 15 Mei 2008

Gambar-gambar di sekitar kawasan kandang

Kami mempunyai 2 kandang iaitu kandang atas berukuran 100 kaki panjang x 40 kaki lebar dan juga kandang induk-induk bunting yang bakal melahirkan anak.
Kandang untuk induk bunting ini adalah untuk melindungi induk betina daripada tercedera dan menggugurkan anak. Ini kerana ketika waktu makan. kambing-kambing akan berpusu-pusu merebut makanan. Maka, kandang ini menempatkan satu ruang untuk setiap seekor induk betina yang sarat bunting.
Kandang khas induk bunting

Baru je lahir di waktu malam

Malam-malam pun boleh datang melawat; kandang kambing kami dilengkapi dengan kemudahan lampu dah memudahkan lawatan di waktu malam




Di kawasan yang penuh kehijauan; Persekitaran di kawasan kampung yang penuh kehijauan adalah amat sesuai untuk penternakan kambing kerana ianya perlukan keserasian dengan kawasan sekeliling. Selain itu, rumput-rumput juga amat mudah di cari untuk makanan kambing.







Renovation


Ruang lalu-lintas yang luas dan kebersihan yang dijaga. Para pekerja akan membersihkan kandang pada setiap hari untuk mempastikan kebersihan. Ini adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan pada para pengunjung di kandang kami.




Tanaman Nepia